PROFIL

Sebagai seorang yang arif dalam perihal media sosial serta potensinya, saya telah memulakan satu blog pendidikan ini yang bertajuk ‘Chegu.Cyril’ pada tahun 2014 yang masih dikemaskini sehingga hari ini.

Saya berpendapat bahawa sebuah blog mampu membantu ramai pihak khususnya para pelajar. Melalui blog ini, pelajar dapat mendekati dan memahami subjek yang saya ajar dengan lebih mendalam di samping menggalakkan pembelajaran melangkaui batas.

Blog ini meliputi dua mata pelajaran utama yang saya ajar iaitu Literasi Teknologi Maklumat (ICTL) dan Penyejukan dan Penyamanan Udara (PPU), kedua-duanya subjek di bawah Bidang Teknik dan Vokasional.



Dalam blog ini, saya berkongsi nota-nota berkaitan Teknologi Maklumat & Komunikasi (Lebih popular dengan nama ICT) serta tips-tips berkaitan teknologi semasa yang boleh membantu pelajar untuk memahami dan menambah pengetahuan serta kemahiran mereka berkenaan perubahan teknologi pada masa kini.

Blog ini turut menjadi salah satu medium pembelajaran dalam kelas ICTL yang saya ajar yang mana ia merupakan salah satu contoh penggunaan internet secara berfaedah atau positif dalam tajuk Keselamatan Siber.

Selain daripada itu, blog Chegu.Cyril juga turut menjadi medium untuk saya berkongsi video-video berkaitan pembelajaran yang mungkin tidak sempat ditunjukkan ketika di dalam kelas.

Perkongsian saya diharap mampu membuka minda pelajar-pelajar saya untuk menyedari peluang dan potensi yang ada dan seterusnya meningkatkan daya kebolehan mereka untuk menghadapi perubahan-perubahan semasa secara positif.

Selain daripada membantu para pelajar, blog saya juga mengandungi informasi untuk perkongsian di kalangan rakan sejawat. Ini termasuklah entri peribadi saya berkenaan kursus-kursus yang pernah dihadiri serta dokumen-dokumen berkenaan Teknologi Maklumat dan PPU.

Saya beraspirasi untuk terus mengemaskini dan melengkapkan lagi blog ini agar dapat membawa lebih manfaat dan membawa hasil positif kepada semua yang mengikuti perkembangan blog ini bukan sahaja para pelajar saya, malah rakan sekerja saya dan para pendidik bangsa.

Sekian, terima kasih.


Chegu.Cyril
Pengajar HVAC SMK Matang Jaya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan